Karangan

Contoh Karangan UPSR

Karangan Alam Sekitar

 

Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.
Jelaskan langkah-langkah yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar. 

Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam sekitar.
Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan negara “ Negara Bersih, Rakyat Sihat ”

Negara Bersih, Rakyat Sihat

 

Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.Kombinasi ampuh pihak kehakiman dan seterusnya sidang intelektual sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera.Berdirinya saya pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'Negara Bersih, Rakyat Sihat'.


Rakyat Malaysia yang saya sayangi sekalian,

     Semua manusia harus menjaga kebersihan negara agar negara kita sentiasa bersih, rakyat pun sihat.Begitulah nasihat yang sentiasa diberi oleh Kementerian Alam Sekitar.Namun, tiada siapa yang mempedulikan nasihat yang diberi oleh mereka.Ini kerana mereka ingin memastikan rakyat Malaysia sentiasa sihat dan aman.Rakyat yang sihat merupakan aspek yang sangat penting bagi sesebuah negara.Rakyat ini tidak akan sihat jika negara kita tidak bersih dan sentiasa tercemar.


     Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat negara kita telah menghadapai pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.Ini kerana pencemaran yang berlaku di alam sekitar.Banyak pencemaran yang berlaku di negara kita seperti pencemaran udara, sungai tercemar dan sebagainya.Pencemaran ini telah berlaku kerana perbuatan daripada manusia seperti membuang sampah merata-rata tempat, asap dari kilang, membuang sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya.Sekiranya pencemaran-pencemaran ini berlaku di negara kita, rakyat ini akan menghidap penyakit yang amat berbahaya seperti penyakit jantung, batuk kering, barah paru-paru, sesak nafas dan lain-lain.Oleh sebab perkara ini, rakyat di negara ini tidak dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan aman damai.


Sidang intelektual yang budiman,

     Selain itu, jika negara kita tidak bersih, rakyat negara kita tidak akan mendapat sumber kehidupan yang mencukupi.Mereka tidak akan mendapat sumber makanan, minuman mahupun udara yang bersih.Dengan itu, kita sewajarnya menjaga kebersihan negara ini.Ini bukan sahaja menjadi kesan kepada manusia, malah haiwan di sekeliling kita.Misalnya, jika manusia melakukan pembalakan haram di hutan, segala haiwan yang tinggal di hutan tidak dapat hidup di hutan itu lagi.Sekiranya pekerja-pekerja kilang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai, semua hidupan akuatik pasti akan mati.


     Kemepn kitar semula mampu untuk menyedarkan kepada manusia yang menjaga alam sekitar amat penting kepada kita.Ini juga dapat mengajak kita untuk membersihkan negara kita demi menjamin kesihatn rakyat di negara kita.


     Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa kesihatan itu adalah satu aspek yang amat penting bagi sesebuah negara.Oleh itu, marilah kita bersama-sama kita menjaga kebersihan negara kita demi kesejahteraan hidup rakyat ni.Seklai lagi saya menyeru, negara yang bersih mampu membuatkan rakyat sesebuah negara sihat.


Sebelum dewan ini kembali sunyi, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun sebagai pengakhiri perbicaraan ini.


Ibu burung layang-layang mencari cacing,
Untuk diberikan makanan kepada anak-anaknya,
Malysiaku indah bersih negaranya,
Menjamin kesihatan rakyat negara kita.


Sekian, terima kasih.
 


Faedah Menabung

 

 

 

Sejambak kasih, sekalung budi saya nobatkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, kombinasai ampuh pihak kehakiman dan seterusnya sidang intelektual sekalian.Assalamualikum dan salm sejahtera.Tampilnya saya pada pagi yang mulia ini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk 'Faedah Menabung'.



Warga dewan yang dimuliakan.

     Menabung adalah satu amlan yang baik dan mendatangkan banyak faedah kepada setiap orang yang gemar menabung.Menabung ialah menyimpan wang yang lebih kedalam tabung yang telah dibeli mahupun yang dicipta sendiri untuk masa hadapan kelak.Kemudian, wang itu bolehlah dihantar ke bank untuk disimpan.Banyak perkara yang boleh kita lakukan dengan hasil tabungan kita itu.


     Antara faedah yang dapat kita peroleh daripada menabung ialah untuk waktu kecemasan.Memang sudah terang lagi, hasil wang tabungan itu dapat kita gunakan untuk waktu kecemasan.Sebagai contoh, jika ahli keluarga kita sakit, kita bolehlah mengeluarkan hasil tabungan itu untuk tujuan membiayai kos perubatan. Tidaklah kita terkapai-kapai untuk mendapatkan sumbangan daripada orang lain.Malah, kita juga dapat meringankan bebanan ibu bapa mahupun orang lain untuk membayar kos perubatan atu rawatan itu.Jika kita tidak mempunyai wang yang cukup, pasti 'nasi sudah menjadi bubur'.Kita tidak akan mendapat rawatan ataumembeli ubat dengan wang yang tidak mencukupi.


     Selain daripada itu, hasil daripada wang tabungan itu dapat kita gunakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.Ini keran banyak wang yang kita perlukan untuk sesi pendaftaran, membayar yuran serta membeli keperluan untuk belajar.Tidakjlah kita menyusahkan ibu bapa kita untuk memenuhi perbelanjaan kepada kita.Sekiranya kita tidak menyediakan tabungan daripada awal dan kita impikan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, tentu mustahil untuk kita bagi untuk mengeluarkan wang yang banyak pada waktu itu.Ini akan menyusahkan ibu dan bapa kita malah kepada orang lain untuk membekalkan perbelanjaan kepada kita.Dengan hasil tabungan itu, kita dapat membeli keprluan belajar seperti buku pelajran, alat tulis buku nota dan lain-lain.


Sidang dewan yang saya sayangi,

     Daripada hasil perbicaraan saya tadi, jelaslah bahwa menabung banyak memberi faedah kepada kita.Ini dapat meringankan beban ibu bapa dan orang lain.Oleh itu, menabunglah dari sekarang demi kesejahteraan hidup kita kelak.


     Sebelum dewan ini kembali sunyi, mari kita dengar serangkap pantun daripada saya sebagai pengakhiri perbicaraan ini.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Sekian, terima kasih.
 

 Surat Kiriman Tidak Rasmi ( Tips untuk berjaya ) 

 

 

 

                                                                        2668, Jalan RJ 3/16,

                                                                        Taman Rasah Jaya,
                                                                        70300 Seremban,
                                                                        NegeriSembilan.
        

Menemui saudari Nur Zuhayra Nasrin yang berada di Kuala Lumpur. Semoga saudari dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar saudari di sana? Saya di sini sihat sejahtera. Saya sudah menerima surat yang dikirim adinda tiga hari yang lalu. Namun begitu, saya terlupa untuk membacanya kerana terlalu banyak kerja yang perlu kakanda lakukan di sini. Saya ingin meminta maaf kepada saudari atas kesilapan yang saya lakukan. Saya akan memberi sedikit nasihat tentang cara- cara mencapai kejayaan kepada saudari.

Saudari,

                Pertama sekali saudari mestilah bijak membahagikan masa kerana masa itu amatlah berharga. Antaranya adinda perlu membuat jadual belajar sendiri di rumah mengikut kesesuaian saudari. Justeru, saudari tidak akan membuang masa yang lapang begitu sahaja. Namun begitu, saudari perlu mematuhi jadual belajar itu dengan baik dan berdisiplin. Jika tidak adalah sia- sia sahaja jadual belajar itu dibuat. Selain itu saudari juga harus kurangkan bermain dan menonton televisyen kerana ia boleh melalaikan saudari sebaliknya saudari perlu bersenam dua kali sehari bagi menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan otak.

                Saudari juga mesti membuat ulang kaji dari awal lagi supaya saudari tidak kelam- kabut di saat- saat akhir. Saudari boleh memperbanyakkan membaca buku dan membuat latihan di rumah kerana ia boleh menambahkan ilmu pengetahuan saudari. Malah, saudari juga harus rajin pergi ke perpustakaan untuk menimba ilmu kerana perpustakaan diibaratkan seperti gudang ilmu yang mengandungi pelbagai jenis rujukan yang amat berguna.

                Selain itu, saudari mesti memberikan tumpuan sebanyak 100% semasa guru mengajar dan selalulah bertanyakan soalan yang saudari kurang fahami. Sekiranya saudari tidak ingin bertanyakan sesuatu soalan yang saudari kurang fahami pada guru saudari maka, kebarangkalian saudari akan menghadapi masalah ketika menjawab soalan di waktu peperiksaan. Saudari hendaklah yakin ketika menjawab sesuatu soalan dan menyemaknya semula.                

                Yang paling penting sekali saudari wajib beramal ibadat dan melakukan perkara- perkara yang disukai oleh Tuhan seperti bersembahyang. Saudari mestilah memperbanyakkan berdoa agar saudari beroleh kajayaan yang terbilang samada di mana- mana sahaja. Di samping itu, saudari mesti berusaha bersungguh- sungguh semampu yang boleh bagi mencapai cita- cita saudari. Bak kata pepatah ‘Kalau menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan’ dan Biar ‘Putih tulang, Jangan putih mata’.

                Saya di sini berharap agar saudari dapat menggunakan cara- cara tersebut dengan sebaik- baiknya dan saya mendoakan agar saudari beroleh kajayaan yang terbilang. Saudari perlu mempunyai usaha yang gigih kerana setiap yang berusha pasti akan berjaya kelak. Sampaikan salam mesra saya kepada ayahanda dan bonda saudari.
Sekian, terima kasih.

                                                                            Yang benar,
                                                                            
                                                                            Mohd Shakir
                                                                        

 

Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap Di Pulau Sibu

 

 

 

 

Pada 18 hingga 20 April 2010 yang lalu,seramai 30 orang ahli pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (1) telah menyertai perkhemahan ke Pulau Sibu,Mersing.Perkhemahan ini disertai juga oleh 8 orang guru pengiring.

     Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7:00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas.Setelah tiba di sana pada pukul 10:00 pagi,kami terus menaiki bot yang disediakan untuk ke Pulau Sibu.Perjalanan dengan bot tersebut lebih kurang 20 minit.
     Setibanya di pulau tersebut,kami terus mendirikan khemah dan guru-guru pula menyediakan sarapan pagi.Suasana di sana sungguh aman dan indah.Tiada kedengaran bunyi kenderaan seperti di sekolah kami.Air laut sangat jernih sehingga nampak ikan-ikan berenang.
     Di sana kami banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan air seperti nerkayak,meninjau keadaan dasar air dan membina istana pasir.Mula-mula kami rasa takut tetapi guru-guru kami telah memastikan keselamatan kami terjamin.Pada sebelah malam pila kami bernyanyi beramai-ramai.
     Selama dua hari satu malam kami di sana,kami sungguh gembira sehingga tidak sedar masa berlalu.Semasa hendak pilang kami berasa berat hati utuk meninggalkan pilau tersebut.Pengalaman berada di Pualau Sibu tidak akan kami lupakan.



Laporan disediakan oleh,
                AINNA
(AINNAZUHA BINTI NORAZMAM)
Setiausaha Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Taman Rinting (1).
 

 

 

 



© Copyright Reserved Kelab BM SK Gunung | Design by: Yoshz | Converted into Blogger Templates by Theme Craft